Photographer for Hire!
Weddings.Birthdays.Portraiture
Aiza Azril 0133999432
http://www.myshotswedding.com
http://littlebigshots.wordpress.com

By: Alia Amelyn

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]
Thursday, 9-Oct-2008 03:23 Email | Share | | Bookmark
Home for Holiday

Finally baru dapat upload all the Raya pictures into my pc.....tahun ni tak banyak sangat rasanya ambil gambar...but anyway, here it goes....day by day reports of our Aidil Fitri 2008 holiday....

Day 1 - 27th Sept 2008



Bertolak balik pada pukul 9.30 pagi as we want to skip the morning rush. It was a long journey, nasib baik la ada bawak Rubik cube and some other toys so the kids weren't so grumpy throughout the trip. Since semua dah excited nak balik, so we just stop at RnR Gurun ja for petrol dan toilet, and then we headed back on the road again....dah tak sabar ni, almost there already! Finally at 3.30 pm, we arrived safely and the kids were just so happy to see tok babah dengan tok tok and the rest of the gang...penat pun dah tak terasa. It just feels so good to be back home again!



After dah stretch apa yang patut, it's time to head to Pasar Ramadhan pula...kalau time puasa tengok semua sedap kan, tapi bila dah penat berjalan jauh ni tempat air dulu yang menjadi pilihan.....as usual, we ended up with air buah + sedikit kuih muih.....macam-macam kuih ada, including the ones yang jarang dapat kat KL and it's cheap too, mana nak dapat 4 biji for RM 1 anymore kan.....dan tak ketinggalan sempat juga beli bunga api for the 2As.....



Menu berbuka hari ni memang my favorites since dulu lagi iaitu ikan kembung + terubuk bakar, kari daging + rebung dan juga sambal tumis udang. Memang tak sah kalau balik tak cari ikan bakar, memang resepi turun temurun dr my mum.....kena pula ikan fresh, memang sedap sangat-sangat! Even the 2As pun suka sehingga menjilat jari! Harusla lepas ni nak kena menuntut from my mum....hehehe!



seronok sangat 2As bila tok babah melayan diaorang makan.....sampaikan ada yang tambah nasi sampai tiga pinggan.....lepas ni sure ada yang tak muat baju raya ni! hehehe!!

Day 2

We are COUSINS!



front, left to right: Aiza Amelyn, Rajwa, Aiza Alia
at the back: Raihani, Raihana




Akhirnya berkumpul juga cucu-cucu Cikgu Wahab raya kali ni, dan seperti biasa la kalau dah berkumpul anak dara ramai-ramai ni apalagi projek selain dr main mekap-mekap kan....kebetulan pula ada balance inai mekah so apalagi berjari merah la cucu-cucu tok babah kali ni....hehehe...jenuh tangan ketaq dok menahan inai tu kering.....bukan main lagi semangat nak bergaya di hari raya eh.......hehehe!!

Day 3 & 4

Nothing much to do and no where to go, hujan lebat pula tu...and as usual, kalau dah dekat Raya ni mula la sibuk persiapan untuk hidangan hari raya nanti....kalau tahun lepas sempat juga ambil gambar in process tapi kali ni tak sempat langsung as there were so much to do.....yang pastinya seperti biasa we would be having laksa, ketupat palas dgn rendang, satay goreng bersama nasi impit dan kuah kacang.......mmmmm...sungguhla yummynya....olie, yana, azza tawun depan raya utagha naa nnt kc buat xtra laksa for you guys ok.....hehehehe!!

lepas ni part raya pulak ye.....tunggu.....


Tuesday, 7-Oct-2008 11:46 Email | Share | | Bookmark
We are BACK!

And is still aching here and there after 7 hours of a very long and tiring journey.....be back with more pictures once we've settled down....hehehe!


Friday, 26-Sep-2008 13:25 Email | Share | | Bookmark
Salam Aidil Fitri 2008

 
 
 


Sempena kehadiran Syawal yang dinanti-nantikan ini, kami sekeluarga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin sekiranya ada terkasar bahasa dan tersalah laku sepanjang perkenalan kita semua. Semoga Syawal kali ini membawa keberkatan kepada semua. Dan bagi yang pulang beraya ke kampung, berhati-hati di jalan raya dan do buckle up ya kids!


Ikhlas dari,
Azril Abdul Aziz
Rumaizah Abdul Wahab
Aiza Alia
Aiza Amelyn


p/s
Please forgive me for not having time to ronda other FPs.
By the way, we will be away to Kangar, Perlis from 27th Sept - 6th Oct.
So if there is anything important, you can buzz me @ 013.3999.432 / 04.9763306.



Thursday, 25-Sep-2008 13:28 Email | Share | | Bookmark
Izuan & Shila

 
 
 
Solemnization

izuanshila



date: 15th August 2008
place: Shah Alam

For more photos -> Solemnization


Reception I

izuanshila



date: 16th August 2008
place: Shah Alam

For more photos -> Reception I


Reception II

izuanshila



date: 17th August 2008
place: Shah Alam

For more photos -> Reception II


Post wedding

izuanshila



place: Kuala Lumpur

For more photos -> Post wedding


3 days in a row, but it's all worth it. Begitu gilang gemilang sekali wedding of the year for this lovely couple, Izuan & Shila. Dari majlis pernikahan hinggalah ke majlis persandingan for both sides, segalanya begitu indah sekali. Paling istimewa sekali pelamin singgahsana raja sehari yang didatangkan khas dari Indonesia buat tuan puteri kesayangan ayah dan bonda tersergam indah buat tatapan semua yang hadir. Majlis pernikahan bertambah berseri dengan kehadiran kesemua ahli keluarga dan sahabat handai dan tak lupa juga diselitkan sekali lawak jenaka oleh emcee istimewa, Pak Aziz Satar. Everything went on without a glitch, dengan hanya sekali lafaz Shila rasmi sebagai isteri Izuan.

Pada hari berikutnya, majlis persandingan diadakan di sebelah pengantin perempuan. Majlis berlangsung di perkarangan rumah pengantin perempuan, dan tepat tengah hari pengantin lelaki tiba dengan diiringi polis. Cukup unik bila melihat pengantin lelaki yang didukung masuk ke rumah pengantin perempuan. Dan tak lupa juga bila melihat istiadat bersanding di mana ibu bapa kedua-dua pengantin turut sama bersanding, memang tak pernah lagi rasanya dibuat di sini. Credit goes to keluarga pengantin perempuan yang cukup kreatif dalam menyediakan segalanya.

Dan keesokannya, majlis persandingan bagi sebelah pengantin lelaki pula yang telah diadakan di rumah pengantin lelaki di Shah Alam. Majlis yang cukup sederhana tapi tetap meriah, dengan diiringi lagu-lagu oleh band yang dijemput khas. Dan seperti biasa, selepas majlis persandingan harus ada sessi bergambar outdoor dan kali ini with something classic! Yupp I must say, this was my favorite session. Pandai juga rupanya pasangan pengantin kita ni berlakon ya.

Dan dua minggu selepas selesai segalanya barulah dapat diadakan sessi post wedding outdoor portraiture, dan kali ini bertempat di sekitar Kuala Lumpur. Walaupun masa tu cuaca tak berapa mengizinkan, tapi pasangan ini tak menghampakan dengan aksi-aksi mereka yang bersahaja tapi tetap romantik. I just adore this two, thank you dear for putting up with us that day walaupun sampai ke tengah jalan raya dan juga sampai basah kuyup dibuatnya!

Izuan & Shila, congratulations once again from all of us...you guys definitely are made for each other, and may this marriage lasts a lifetime, insya-Allah.....


Photos by Azran & Shafiq & Aiza
Videos by Azril & Aiza
www.myshotswedding.com


Tuesday, 23-Sep-2008 04:27 Email | Share | | Bookmark
oh so sweet part II

 
 
Baju Kurung Kedah

ohsosweetaliaayin

Quote:
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan



ayin
clothes by Frills and Tails, accessories by Sinma.

I could just imagine these two lovely girls, sitting by the bendang, dengan berselendangkan kain batik sambil menantikan insan tersayang......don't you?

ayin

ayin

Haah tema tahun ni, baju kurung kedah...it's simple yet so classic....as for the colors tu mmg pilihan individual sendiri.....tapi yang buat special tu siap ada patches kat poket baju kurung masing-masing which 2As love so much! Thanks to Frills and Tails for the lovely baju kurung kedah ni....it was a last minute choice but I'm glad they love them sampaikan masa ambil gambar pun ada yang tak nak buka lepas tu dah....hehehe...sabar ye Amelyn nnt masa raya baru leh rasmikan betul-betul yeh....As for the accessories, I bought necklaces for each of them from Sinma...tapi masa dalam gambar atas ni, Alia tak pakai necklace tu instead she wore one of my collection.....other than that, we just keep it simple with ponytails....pening nnt mak nak melayan kalau nak demand lebih² ....hehehe!



Biasanya time raya ni, bila ada anak-anak baru la terasa kan....and I'm lucky I still have kampung to go home too....kalau tak memang la tak terasa pun nak beraya.....and this year, insya-Allah daddy pun akan balik sama which would make this year's Raya even better....this is the only time dapat berkumpul beramai-ramai though my family takde la sebesar mana pun....it's just 3 of us siblings.....tapi at least dapat la the 2As berjumpa dengan sanak saudara semua, that's the most important part pun biasanya......as for kuih raya dan persiapan raya yang lain, takde apa sangat pun biasanya semuanya beli ja....nak harap 2As ni buat kuih raya? Nak kena masuk kelas dengan mummy Erna tak pun Aunty cak dulu la kot agaknya baru leh pass.......hehehe!



Anyway do enjoy this entry....maybe this would be the last entry before we headed home this weekend.....so Alia, Amelyn, Daddy Azril and me would love to take this opportunity to wish everyone Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri & Maaf Zahir dan Batin, semoga Aidil Fitri kali ini membawa keberkatan kepada semua. Kepada yang balik beraya di kampung tu, have a safe journey ya dan sapa-sapa yang balik utara tu janganla segan-segan singgah beraya ke rumah kc di Perlis ya.....nak address, do buzz me ok....hehehe!!

more photos at my FB

Edited:
Ramai pula yang berminat dengan baju kurung kedah ni ya, actually ini pun my sister yang tolong belikan masa ada Sales kat Menara TM...anyway here are their contact details, so maybe you guys boleh contact personally.....nampak gayanya nak kena minta % from frills n tails mcm ni...hehehe!!

Frills & Tails
Aida Awang / Dora Aziz
Tel: 03-7980 4304
Email: frillsntails@yahoo.com


Good news! They still have them in Purple for size 2 & 6, so do contact Frills & Tails now, and even better they do COD too. So hurry, place your order now before it's too late!


[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net